3 Pemain yang cepat mensesuaikan diri bersama pasukan Kedah FC!!!

Kedah telah merekodkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan pada bulan Mac. Ini menunjukkan rekod 100% kemenangan daripada semua perlawanan pada bulan ini. Hal ini disebabkan, kesemua pasukan akan berehat selepas ini untuk memberi ruang kepada pasukan negara menjalankan perlawanan persahabatan. Semua perlu menerima hakikat bahawa pasukan yang dibentuk ini adalah pasukan baru dan memang memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian. Kesebelasan utama hanya menyaksikan, pemain seperti Shahril Saari, Rodney, Arif Farhan dan Syazwan Zainon yang merupakan pemain yang telah bersama pasukan pada musim sebelum ini. Selain itu, semua rata-ratanya adalah pemain baru yang baru bersama skuad Kenari pada musim ini (new blood). Walaupun begitu, beberapa pemain telah cepat mencari keserasian dan mula menunjukkan impak yang positif dalam skuad. Tiga pemain di bawah telah mencuri tumpuan penyokong kerana mereka mula memberikan keyakinan bahawa mereka bersedia untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh legenda Hijau Kuning sebelum ini. Tiga pemain itu adalah seperti berikut;

Al Hafiz Harun

Kita semua tahu Al Hafiz merupakan seorang pemain yang lincah dan telah mencipta nama bersama pasukan Penang musim lalu. Pada musim lalu, beliau telah menyumbat 6 gol bersama pasukan lama beliau. Pembelian pemain ini untuk bersama pasukan Kedah FC boleh dikatakan suatu keputusan yang tepat apabila aksi lincah beliau sentiasa mengucar kacirkan pasukan lawan. Daripada tiga perlawanan, Al Hafiz sempat beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan sebagai kesebelasan utama dan mahupun sebagai pemain gantian. Ini menunjukkan Aidil mula mempercayai Al Hafiz untuk menjadi playmaker bagi pasukan Kedah FC pada musim ini. Jom kita saksikan statistik Al Hafiz dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut;

Perlawanan Pertama : Sarawak FC vs Kedah FC

Al Hafiz tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan ini. Namun, Al Hafiz menjadi pilihan Coach Aidil apabila beliau memasukkan Al Hafiz sebagai pemain gantian pada minit ke 62. Beliau telah mengantikan Syazwan Zainon. Impak beliau dapat dilihat apabila beliau acap kali melepasi perangkap pertahanan pasukan Sarawak. Pada minit ke 93, hantaran beliau nyaris disudahkan oleh Ronald Ngah untuk menjadi kedudukan 2-0 untuk Kedah FC.

Perlawanan Kedua : Kedah FC vs KL City FC

Setelah aksi yang menarik pada perlawanan pertama walaupun sebagai pemain gantian, itu sudah cukup untuk Al Hafiz menarik perhatian Caoch Aidil untuk meletakkan beliau dalam kesebelasan utama. Pada perlawanan ini, Al Hafiz telah beraksi selama 92 minit sebelum digantikan oleh Asnan Ahmad. Beliau telah menjadi duri dalam daging apabila melakukan 2 assist daripada 3 gol yang dijaringkan oleh pasukan. Saksikan aksi lincah Al Hafiz dalam perlawan tersebut;


Perlawanan Ketiga : Kedah FC vs KSR Sains FC

Perlawanan ini, Coach Aidil telah memilih untuk menyeneraikan semua pemain tempatan untuk menentang pasukan dari Liga M3. Dalam perlawanan ini, Aidil memilih untuk meletakkan Al Hafiz sebagai pemain simpanan dan memberi ruang untuk pemain lain untuk beraksi, seperti Fayadh. Namun, Al Hafiz sempat masuk pada babak kedua dan hasilnya, daripada 1-0, Kedah telah menambahkan jaringan kepada 4-0. Ini jelas menunjukkan impak pemain ini bersama pasukan Kedah FC.

Amer Azahar


Amer merupakan seorang lagi pemain utama pasukan Penang FC selain daripada Al-Hafiz. Pada musim lalu, beliau bersama pasukan Penang FC telah merekodkan satu gol sepanjang musim. Setakat ini, beliau telah menjaringkan 2 gol ketika bertemu Sains FC. Jom kita saksikan statistik setakat ini;

Perlawanan Pertama : Sarawak FC vs Kedah FC

Beliau telah turun sebagai kesebelasan utama sebelum digantikan oleh Azmeer Aris pada babak kedua. Aksi Amer Azahar boleh dikatakan agak memukau dengan tidak mempamerkan kegugupan semasa bertahan ataupun menyerang.

Perlawanan Kedua : Kedah FC vs KL City FC

Pada perlawanan ini, beliau hanya sempat beraksi pada minit ke-86 dengan mengantikan Denis Buschening. 

Perlawanan Ketiga : Kedah FC vs KSR Sains FC

Di sini merupakan titik permulaan Amer apabila persembahan beliau menjadi buah mulut penyokong. Dalam perlawanan, pemain ini boleh dipilih sebagai pemain terbaik apabila beliau menjaringkan 2 gol dan satu assist. Kelincahan beliau dalam perlawanan ini sukar ditandingi oleh KSR Sains apabila perlawanan disudahkan dengan keputusan 4-0




Syafiq Ahmad

Setelah merantau bersama pasukan JDT untuk 4 musim, pemain yang cukup sinonim dengan Kedah FC telah kembali ke pangkuan pasukan Kenari untuk musim ini. Ianya tidak menghairankan apabila Syafiq cepat menyesuaikan diri bersama pasukan Kedah FC. Untuk musim ini, dapat dilihat Kedah hanya menggunakan seorang tenaga import di atas iaitu Ronald Ngah untuk mengandingkan dengan pemain ini iaitu Syafiq Ahmad. Syafiq merupakan antara penyerang yang terbaik di Malaysia pada masa ini dan kehadiran beliau pasti akan mendapat minit perlawanan sebelum menunjukkan taring di medan antarabangsa apabila bersama Harimau Malaya. Jom saksikan statistik pemain ini setakat tiga perlawanan yang diharuning oleh Kedah FC.

Perlawanan Pertama : Sarawak FC vs Kedah FC

Seperti yang telah dijangka, status Syafiq sebagai pemain kesebelasan utama telah menjadi milik beliau. Beliau telah memberikan satu persembahan yang menarik dalam perlawanan dan telah beraksi secara sepenuh masa dalam perlawanan ini.

Perlawanan Kedua : Kedah FC vs KL City FC

Dalam perlawanan ini, beliau merupakan punca kebangkitan pasukan apabila beliau menanduk masuk goal pertama pasukan untuk menyamakan kedudukan 1-1. Ini menunjukkan bahawa Syafiq memang amat berbisa di depan gawang gol. Beliau turut beraksi sehinggal wisel akhir perlawanan ditiupkan dalam perlawanan ini.

Perlawanan Ketiga : Kedah FC vs KSR Sains FC

Dalam perlawanan ini, keringat Syafiq tidak digunakan. Coach Aidil telah memberikan rehat kepada pemain ini kerana pemain ini akan bersama skuad kebangsaan untuk menjalani perlawanan persahabatan. Hanya seorang pemain KDA FC telah dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan pada kali ini dan beliau adalah Syafiq Ahmad. Selamat maju jaya untuk Syafiq Ahmad.

Secara kesimpulannya, liga masih dalam peringkat permulaan dan perjalanan masih panjang bagi setiap pasukan. Diharapkan pemain-pemain mula meningkatkan keserasian yang lagi jitu supaya boleh mencabar Liga Super pada musim ini.


Pulun Kedah Pulun!!!






Ulasan