Kedah FC telah berhempas pulas sebelum memulakan liga super dengan langkah kanan dengan menumpaskan Sarawak United di Kuching. Namun tetapi, tugas berat bakal bermula pada 9 march di stadium Darul Aman apabila Kedah akan turun menentang pasukan KL City. Empat sebab, Kedah kena berkerja keras untuk mendapatkan tiga mata di Alor Setar.
1. Kedua-dua pasukan akan turun sebagai status wakil Malaysia di AFC Cup
Seperti yang semua tahu, tahun ini Malaysia akan diwakili oleh dua pasukan untuk beraksi di AFC Cup. Pasukan tersebut adalah, pasukan kesayangan kita Kedah FC (Naib Juara Liga Super) dan KL City FC sebagai status juara Liga Malaysia selepas menundukkan JDT di final. Perlawanan ini akan memberikan penanda aras kepada pasukan-pasukan yang akan bersaing dengan mereka di AFC Cup nanti. Saya pasti, beberapa pasukan yang diundi bersama dengan kedua-dua pasukan ini akan mula mengintip perlawan ini lebih dekat agar boleh membuat persediaan yang rapi sebelum bertemu mereka pada Jun nanti. Kedah FC perlu memberikan amaran awal kepada semua pasukan yang bertanding di AFC cup dengan menunjukkan suatu persembahan menarik dalam perlawanan ini.
2.Aksi terakhir dengan KL City FC di Stadium Darul Aman
Hampir semua masih ingat tentang aksi yang dramatik musim lalu dimana Kedah ketinggalan 2-1 kepada KL sampai minit ke 92, sebelum bangkit balik dengan dua goal pada minit-minit terakhir perlawanan iaitu pada minit ke 92 dan 96 daripada Kipre Tchetche. Ini jelas menunjukkan, Kedah perlu mengambil serius dalam perlawanan ini dan perlu mengelakkan kesilapan di bahagian pertahan yang memang boleh dihukum oleh penyerang-penyerang yang berkaliber seperti Paulo Josue dan Zhafri Yahya.
3.Hampir kesemua pemain KL City dikekalkan
Hampir kesemua pemain-pemain yang dilabel star dikekalkan untuk musim 2022. Ini jelas menunjukkan KL City memang serius untuk musim ini dalam Liga Super dan AFC Cup. Impak pemain-pemain seperti Paulo Josue, Giancarlo, Zhafri Yahya, Akram Mahinan dan ramai lagi bakal menjadi pertaruhan Bojan Hodak bertemu Kedah FC. Rata- rata pemain ini sudah semakin serasi manakala Kedah masih mencari keserasian akibat semua muka baru (new blood) .
4.Kedah bermain di Stadium Darul Aman kali pertama untuk musim 2022
Petembungan dengan KL City merupakan perlawanan pertama di Stadium Darul Aman bagi musim 2022. Bagi mana-mana pasukan, perlawanan pertama di tempat sendiri akan mencetuskan semangat dan keyakinan penyokong terhadap pasukan mereka. Perlawanan ini boleh dirungkaikan perlawanan yang agak sengit dan pasti jika Kedah FC menghasilkan satu keputusan yang positif akan menyebabkan penyokong tidak berhenti-henti ke Stadium untuk menjadi tulang belakang kepada pasukan kesayangan mereka.
Apapun ini adalah pasukan kita. Win Lose or Tie, Kedah till I die!!!
Pulun Kedah Pulun!!!
Ulasan
Catat Ulasan