Adakah Super Sub Kedah FC harus dikekalkan?

 




Perlawanan diantara pasukan Kedah dengan KL City berakhir dengan keputusan 3-2. Senario yang sama telah berlaku pada musim lalu, dimana keputusan yang sama tercetus di Stadium Darul Aman. Perkara yang sangat mencuri tumpuan adalah keajaiban yang dibawa oleh Fayadh dua tahun berturut-turut apabila bertemu KL City FC.

Kenapa dipanggil Keajaiban ?

Kedah FC vs KL City 2021


Perlawanan pada 2021 diantara Kedah FC dengan KL City boleh diungkapkan sebagai perlawanan yang cukup dramatik secara keseluruhan bagi Kedah pada musim lalu . Dalam perlawanan itu, setelah  ketinggalan 2-1,  Kedah bangkit balik  3-2 pada masa tambahan menerusi dua jaringan Kipre Tchetche. Pada permulaan babak kedua, Aidil membawa masuk Fayadh untuk mengantikan Faizat. 


Pertukaran itu nyata membuahkan hasil, apabila Fayadh membuka tirai jaringan pada minit Ke 71. Fayadh juga menjadi punca gol ketiga pasukan Kedah, apabila hantaran beliau telah mengakibatkan Gol kemenangan pasukan Kedah FC pada tahun lalu.


Kedah FC vs KL City 2022



Skrip yang sama telah berlaku pada tahun ini. Jaringan 3-2 yang menjadi pilihan kedua-dua pasukan. Apa yang menarik, senjata yang sama digunakan oleh coach Aidil pada tahun ini. Aidil membawa masuk Fayadh sebagai pilihan untuk merobek gawang KL City FC apabila kedudukan masih 1-1. Percaturan Aidil menjadi, apabila kemasukan Fayadh terus meletakkan Kedah didepan hasil suatu gerakan Fayadh yang terus memerangkap pertahanan KL City FC. Impak yang dibawa oleh Fayadh dalam perlawanan ini amat besar, dimana Kedah setakat ini mampu mengutip mata maksimum dalam Liga Super untuk musim ini.


Bagi saya Fayadh boleh digelar sebagai super sub bagi pasukan Kedah, dimana aksinya yang cukup lincah dan memerangkap lawan. Diharapkan Kedah akan kekal konsisten supaya boleh menjadi pencabar liga pada tahun ini. Pulun Fayadh Pulun!!. Pulun Kedah Pulun!!

Ulasan