Hanya 9 pemain daripada 30 pemain Kedah FC yang pernah beraksi bersama Skuad Kebangsaan mereka!!!
pada
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Untuk beraksi dengan skuad Kebangsaan merupakan impian bagi setiap pemain. Tahukah anda, berapa banyak pemain daripada Kedah FC mempunyai pengalaman bermain dengan Skuad Utama Kebangsaan negara masing-masing ? Jawapannya adalah sembilan!!!
Dibawah ini merupakan antara pemain Kedah FC yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan.
1.Ifwat Akmal (Malaysia Penampilan = 1 & Gol = 0)
Ifwat merupakan antara penjaga gol yang berkaliber untuk pasukan Kedah. Tetapi persaingan untuk merebut penjaga gol utama pasukan Kedah semakin sengit setelah kehadiran Shahril Saari. Ifwat pernah beraksi sekali bersama pasukan Kebangsaan pada tahun 2019. Selalunya, posisi penjaga gol menjadi milik Farizal Marlias ataupun Khairul Fahmi. Tetapi, reputasi penjaga gol pasukan Kedah juga tidak kurang hebatnya, dimana ketangkasan kedua-dua penjaga gol Kedah sentiasa mendapat perhatian.
Seperti yang semua sedia tahu, Marc Vales mempunyai pengalaman luas terutamanya diperingkat kebangsaan. Marc Vales merupakan pertahanan yang sentiasa menjadi pilihan untuk mewakili pasukan kebangsaan beliau. Semasa mewakili Andorra, beliau pernah bertemu dengan pemain-pemain terhebat dunia seperti Mbappe and Lewandowski. Dengan usia yang menjangkau 31 tahun, saya rasa beliau masih mempunyai sedikit sinar untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan beliau.
3. Amirul Hisyam (Negara : Malaysia Penampilan = 3 & Gol = 0)
Amirul merupakan pemain yang sentiasa setia bersama pasukan Kedah. Amirul pernah dipilih mewakili skuad kebangsaan dan berjaya membuat penampilan bersama skuad kebangsaan sebanyak tiga kali. Amirul telah dipilih pada tahun 2016, dan selepas itu Amirul jarang mendapat tempat di skuad kebangsaan. Kelebihan Amirul adalah beliau boleh bermain sebagai pemain tengah ataupun pemain pertahanan.
4. Ronald Ngah (Negara : Cameroon Penampilan = 2 & Gol = 1)
Ronald Ngah merupakan pemain yang berasal daripada benua afrika iaitu, Negara Cameroon. Cameroon merupakan negara yang sememangnya sinonim dengan bola sepak. Pemain yang paling kita kenali adalah Samuel Eto, yang juga berasal daripada Cameroon. Untuk seseorang pemain mendapat tempat untuk mewakili Cameroon adalah bukan senang, kerana negara itu mempunya bakat yang luar biasa dalam bola sepak. Kita harus berbangga dengan Ronald Ngah apabila beliau sempat mencuri dua penampilan bersama pasukan negaranya. Apa yang menarik, beliau berjaya merekodkan satu gol ketikan menentang pasukan Congo dalam African Nations Cup 2016. Diharapkan beliau akan mendapat balik penyudahnya, agar dapat membantu pasukan Kedah dalam mengharungi Liga Super 2022.
5. Syazwan Zainon (Negara : Malaysia Penampilan = 18 & Gol = 2)
Syazwan Zainon telah mengambil alih kapten pasukan daripada Badrol Bakhtiar yang telah meninggalkan pasukan untuk menyertai Sabah FC. Keputusan tersebut dibuat disebabkan pengalaman Syazwan bersama kelab dan negara. Syazwan pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan selama lapan belas kali. Daripada kesemua penampilan tersebut, beliau telah berjaya menjaringkan 2 gol dalam peringkat antarabangsa. Gol yang amat mencuri tumpuan adalah gol pada masa kelayakan Piala Asia apabila menyamakan kedudukan dengan pasukan Hong Kong di Stadium Hang Jebat.
6. Amirul Azhan (Negara : Malaysia Penampilan = 4 & Gol = 0)
Pemain yang baru bersama pasukan Kedah daripada Perak ini telah mewakili pasukan kebangsaan sebanyak 4 kali. Beliau pernah digunakan sebagai bek pertahanan kanan dan merupakan pemain yang telah memulakan perlawanan pada AFF Suzuki Cup Final 2018 bertemu Vietnam. Diharapkan Amirul Azhan akan mendapat perhatian jurulatih kebangsaan negara untuk masa akan datang.
7. Ariff Farhan (Negara : Malaysia Penampilan = 3 & Gol = 0)
Ariff Farhan selalunya dikenali sebagai pemain bek kiri yang cukup konsisten dan tidak mudah melakukan kesilapan. Asalnya, beliau mewakili skuad remaja kebangsaan dan berjaya membuat tiga penampilan bersama skuad senior kebangsaan. Ariff Farhan masih layak untuk menjadi pertahanan di bahagian kiri, kerana prestasi beliau pada masa sekarang tidak jauh beza daripada bek kiri JDT, iaitu Corbin Ong.
8. Syafiq Ahmad (Negara : Malaysia Penampilan = 22 & Gol = 8)
Pemain ini tidak perlu dikenalkan lagi. Pada beberapa musim lalu, hanya seorang sahaja pemain yang paling menyinar dibahagian serangan bagi pasukan kebangsaan, iaitu Syafiq Ahmad. Keputusan untuk memilih pasukan Kedah pada musim ini adalah keputusan yang agak tepat kerana beliau boleh mendapatkan minit permainan bersama pasukan Kedah. Saya rasa tidak salah sekiranya kita mengatakan Syafiq Ahmad merupakan pemain penyerang terbaik yang Malaysia ada pada masa kini.
9. Azzamudin Akil (Negara : Malaysia Penampilan = 38 & Gol = 5)
Azzamudin ataupun Alex merupakan antara pemain yang paling banyak membuat penampilan bersama skuad kebangsaan dalam pasukan Kedah pada masa kini. Alex pernah mencetak gol dengan pasukan kebangsaan dan boleh dilabelkan antara pemain yang sentiasa berada dalam kesebelasan utama pada masa lalu. Alex pernah menjaringkan gol bertemu Man City di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tersebut masih duduk dalam ingatan semua penyokong Harimau Malaya hingga masa kini.
Diharapkan, banyak pemain Kedah akan mendapat perhatian daripada jurulatih kebangsaan kerana pemain-pemain ini berjuang sehabis-habisan dalam liga. Apapun, bagi semua pemain Kedah, jangan mudah putus asa dan teruskan perjuangan anda bersama pasukan Kedah Darul Aman.
Ulasan
Catat Ulasan