Sememangnya Kedah dikenali dengan moto 'Biar Jasa Jadi Kenangan'. Tidak kira dimana hala tuju seseorang pemain selepas mewakili Kedah, jasa pemain tersebut di bumi Darul Aman sentiasa dikenangi oleh para penyokong Kedah. Skrip yang hampir sama kepada pemain-pemain import yang pernah membarisi skuad Hijau Kuning . Semua penyokong masih mengenang jasa pemain-pemain seperti Adigun, Marlon dan Nelson. Saya pasti peminat masih tidak lupa dengan jasa pemain yang bernama Renan Alves. Mari kita imbas semula jasa Renan Alves kepada skuad Kedah dan perkembangan terkini tentang beliau di Liga Indonesia!!!.
2019
Renan telah mula menjejakkan kaki bersama pasukan Kedah FC pada musim 2019. Renan dilihat antara pertahanan yang kental dan mampu menyaingi pemain yang berfizikal besar daripada beliau. Walaupun musim pertama bersama pasukan Kedah FC, beliau boleh dikelaskan antara pemain yang paling menyumbang kepada Pasukan Kedah pada musim tersebut. Hasil usaha keras beliau dibahagian pertahanan, Kedah telah berjaya ke Final dalam dua piala iaitu Piala FA dan Piala Malaysia. Perkara yang memang amat menduka citakan para penyokong Kedah adalah, acap kali Renan mendapat kad dan tidak dapat membantu pasukan pada masa yang diperlukan. Ini jelas dapat dilihat, walaupun berjaya membawa pasukan ke Final Piala FA bertemu Perak dan Final Piala Malaysia bertemu JDT, Renan tidak dapat bersama dengan pasukan apabila mengalami pergantungan dan kecederaan. Pada musim ini, Renan telah berjaya menjaringkan dua gol bersama pasukan Kedah FC. Apapun, Renan dilihat pemain yang paling perlu dihargai pada musim 2019 apabila Kedah telah menjuarai Piala FA dan mendapat slot untuk bermain Play Off AFC Champions League. Saksikan skill Renan Alves pada musim 2019 seperti dibawah;
2020
Merupakan musim yang agak mencabar apabila Covid melanda dunia dan menyebabkan kebanyakkan pertandingan ditangguhkan. Walaubagaimanapun, Kedah sempat merasa AFC Champions League. Setelah menumpaskan pasukan Hong Kong, Tai Poo FC, Kedah telah terbang ke Korea untuk menandingi pasukan bertaraf dunia iaitu Seoul FC. Walaupun, Kedah berjaya menyaingi pasukan Seoul FC, tetapi sekali lagi malang telah menimpa pasukan Kedah FC melalui Renan Alves. Renan Alves dengan secara sengaja telah menggunakan tangan bagi menghalang percubaan pasukan FC Seoul. Akibatnya, pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti dan Renan telah dibuang padang. Kedah terpaksa menelan hakikat bermain dengan 10 pemain dan telah berjaya dikalahkan oleh FC Seoul dengan jaringan 4-1. Pada tahun 2020 akibat pandemik, Liga Super telah dijalankan secara 11 perlawanan, dan Renan telah membantu pasukan untuk menghuni tangga kedua dibelakang JDT. Pada musim ini, Renan telah mencetak 3 gol dalam kempen Liga Super.
2021
Pada musim 2021, Liga Super telah kembali ke format 22 perlawanan. Renan turut berada dalam skuad untuk membantu pasukan menjadi Naib Juara Liga Super dua tahun berturut-turut. Aksi konsisten beliau harus dipuji apabila gandingan bersama Rodney Celvin telah menjadi semakin ampuh dan sukar ditembusi oleh pasukan lawan. Namun karier Renan Alves bersama Kedah telah berakhir dan tidak disambung oleh pengurusan Kedah. Bukan sahaja Renan Alves, mala semua pemain berstatus import tidak disambung. Hal ini kerana, pasukan Kedah ingin berwajah baru pada musim 2022. Hasilnya pemain dari Melaka United, Jang Suk Won telah dibawa masuk mengantikan beliau dibahagian pertahanan.
Soalannya, dimanakah Renan Alves pada masa sekarang??
2022
Setelah kontraknya tidak disambung, atas kesetiaan pemain ini terhadap Pasukan Kedah, beliau telah berangkat kaki untuk mencuba dengan liga yang berbeza. Hasilnya, beliau telah diikat kontrak oleh Pasukan Barito Putra yang berpengkalan di Indonesia.
Pemain yang boleh dilabelkan agresif ini semakin popular dikalangan penyokong Indonesia pada masa kini. Walupun Barito Putra menghuni tangga ke 15 daripada 18 pasukan, tetapi kemasukan pemain ini telah mencetuskan beberapa keputusan yang diluar jangkaan. Kalau kita lihat prestasi individu pemain ini, Renan telah mencetak 4 gol daripada 11 perlawanan. Kalau kita bandingkan dengan pasukan Kedah, beliau menjaringkan 5 gol dalam 40 perlawanan. Walaupun, Renan adalah pemain pertahanan, tetapi beliau sekarang cukup sinonim sebagai penjaring gol bagi pasukan Barito Putra. Gol sepakan percuma ini amat mencuri tumpuan, apabila sepakan deras beliau ala ala seperti pemain Chelsea, Alex.Persembahan beliau di bumi Indonesia memang merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh semua penyokong Kedah. Apapun, mereka adalah lagenda kita, 'Biar Jasa Jadi Kenangan'.
Hasrat Untuk Melihat Pemain Ini Kembali Ke Darul Aman Mungkin Tidak Akan Menjadi Kenyataan
Hasrat untuk mendapatkan balik pemain ini pada musim hadapan mungkin tidak dapat dilaksanakan apabila baru-baru ini pasukan beliau iaitu Barito Putra telah melanjutkan kontrak beliau sehingga 2024.
Apapun jasa beliau bersama pasukan Kedah akan dikenang selama-lamanya. Biar Jasa Jadi Kenangan buat Renan Alves!!!
Ulasan
Catat Ulasan