Setakat ini di Stadium Bandaraya, Penang FC telah mengharungi dua perlawanan Liga Super menentang pasukan Melaka United dan Negeri Sembilan FC. Kedua-dua perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri. Ini jelas menunjukkan, Penang bukannya pasukan yang mudah ditumpaskan di halaman sendiri. Manakala, dari sudut Kedah FC pula, mereka perlu lebih berwaspada dan bijak untuk mengutip tiga mata yang dipertandingkan pada malam besok.
Pertemuan Musim Lalu di Stadium Bandaraya
Pertemuan musim lalu di Stadium yang sama menyaksikan, Kedah FC berhempas pulas sebelum mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan Penang FC. Gol Kedah dijaringkan oleh Kpah Sherman pada hujung babak perlawanan. Musim lalu juga menyaksikan Kedah FC dan Penang FC telah menduduki tangga kedua dan ketiga dalam kempen Liga Super di belakang juara bertahan iaitu JDT.
Apa yang menarik dalam perlawanan Kedah FC menentang Penang FC pada musim ini?
Kedah telah mengikat tiga pemain utama Penang FC pada musim ini. Pemain-pemain tersebut adalah Azmeer Aris, Al Hafiz Harun dan Amer Azahar. Diharapkan ketiga-tiga pemain ini akan menjadi duri dalam daging apabila menentang majikan lama meraka dalam perlawanan ini.
Pada musim ini juga, pemain simpanan pasukan Kedah pada beberapa musim lalu iaitu Tam telah diikat kontrak oleh pasukan Penang FC. Perlawanan ini selalunya disimpulkan sebagai "Northern Derby" oleh para pencinta bola sepak tempatan.
Dua perkara yang wajib Kedah perlu lakukan untuk bersaing bagi mahkota Liga Super pada musim ini
1. Kedah perlu seorang mendapatkan jeneral di bahagian tengah untuk menjana serangan
Kalau kita lihat setelah Dennis Buschening mengalami kecederaan, Kedah dilihat tempang bagi mengatur serangan kearah gawang gol lawan. Walaupun Kedah acap kali gunakan Dechi Marcel dan Amirul Hisyam dibahagian tengah, tetapi kedua-dua pemain ini dilihat merupakan pemain yang lebih kepada peranan"defensive midfielder". Kedah perlu segera mendapatkan seorang pemain yang boleh menghubungkan bahagian serangan dan bahagian tengah dengan cukup efektif. Tugas ini hanya boleh dipikul oleh Syafiq Ahmad untuk sementara waktu. Diharapkan pihak pengurusan akan mula mendapatkan seorang pemain yang berkaliber dan mampu menyelesaikan kemelut yang kita hadapi dengan segera. Mereka perlu mula berfikir apa yang perlu mereka perlu lakukan terhadap Dennis agar ia tidak merencatkan perkembangan pasukan Kedah FC dalam mengharugi kempen Liga Super dan juga Piala AFC nanti.
Ulasan
Catat Ulasan