Setelah menamatkan tiga perlawanan Liga Super, Kedah setakat ini mampu mengekalkan rekod seratus peratus dalam liga. Walaupun hanya tiga perlawanan setakat ini, tetapi kredit harus diberikan kepada Kedah yang kekal konsisten dan mampu mengekori rapat juara bertahan, iaitu JDT. Kedah akan turun di Stadium Petaling Jaya menentang pasukan The Red Giants, iaitu Selangor FC. Saya rasa semua penyokong Kedah sudah mula berdoa agar Kedah akan terus mengekalkan rekod ini dan seterusnya akan memberikan saingan yang hebat kepada JDT. Adakah Kedah mampu menumpaskan Selangor FC di Stadium Petaling Jaya?
Apakah cabaran pasukan Kedah menentang Selangor FC ?
1. Rekod Selangor FC yang masih belum kalah
Selangor masih belum tewas ataupun menang dalam dua perlawanan liga yang mereka telah harungi setakat ini. Perlawanan pertama menentang KL City mereka mencatatkan keputusan seri 3-3. Pada perlawanan kedua menentang pendatang baru Liga Super iaitu Negeri Sembilan FC, mereka mencatatkan keputusan seri 2-2. Ini menunjukkan Selangor FC bukan satu pasukan yang mudah untuk dijinakkan oleh pasukan lawan.
Kedah perlu berkerja keras malam ini bagi mendapatkan tiga mata dan terus mengekori rapat pendahulu Liga JDT malam ini.
2.Kedah terpaksa lupakan khidmat Dennis Buschening
Khidmat pemain import kacukan German dan Thailand, Dennis Buschening terpaksa dilupakan untuk suatu jangka masa yang panjang. Kalau dilihat pada perlawanan sebelum ini, Dennis tidak disenaraikan dan boleh dilihat para pemain Kedah FC mempamerkan jersi Dennis Buschening kepada para penyokong. Ini telah mengungkit banyak persoalan di minda dalam kalangan penyokong setia hijau kuning. Akhirnya semua persoalan telah terjawab, apabila Kedah mengesahkan Dennis telah mengalami kecederaan semasa perlawanan persahabatan. Khidmat Dennis terpaksa dilupakan untuk satu tempoh masa yang panjang. Dennis telah mengalami kecederaan dibahagain tendon dan memerlukan pembedahan selanjutnya. Dengan Marc Vales yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, Kedah dilihat tempang dibahagian tengah bagi mengatur strategi ke arah kubu lawan. Diharapkan pemain-pemain yang sedia ada ini mampu menyahut cabaran untuk memastikan Kedah terus bersaing untuk mendapatkan kejuaraan Liga Super pada tahun ini.
3. Pemain import Selangor menjadi ancaman
Pemain yang bernama Caion ini telah mencetak tiga gol dalam dua perlawanan liga. Walaupun ketiga tiga gol hadir daripada sepakan penalti, tetapi pemain ini dilihat berbahaya di depan gawang gol. Pertahanan Kedah perlu merantai pemain ini agar, Kedah selesa untuk mencatur serangan kearah gawang gol lawan.
Rekod Pertemuan
Rekod 5 pertemuan yang lalu menyaksikan keputusan yang seimbang diantara kedua-dua pasukan. Dua kemenangan kepada pasukan Kedah dan dua lagi kemenangan kepada pasukan Selangor. Manakala, baki satu perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Pertemuan pada tahun 2021
Aksi tahun lalu di stadium yang sama menyaksikan, Kedah berjaya bangkit daripada ketinggalan dengan kemenangan 2-1 menentang Selangor FC. Aksi tahun lalu tidak boleh dijadikan ukuran, kerana pasukan Kedah berwajah baru pada musim ini.
Walaupun Kedah berjaya memenangi ketiga-tiga perlawanan liga setakat ini, Kedah masih perlu memperbaiki beberapa aspek terutamanya dibahagian serangan. Penyudah Ronald Ngah masih dilihat tumpul di bahagian hadapan gawang gol lawan. Diharapkan Ronald Ngah mula menjadi lebih berbisa dengan mula mencetak gol bagi pasukan Kedah FC. Selain itu, dengan ketiadaan Dennis dibahagian tengah, diharapkan khidmat Marc Vales boleh digunakan sepenuhnya bagi membentuk serangan bertali arus keatas gawang Selangor pada hari ini. Apa yang boleh dibanggakan adalah, pemain tempatan Kedah seperti Al Hafiz Harun sentiasa melakukan gerakan-gerakan yang luar biasa seterusnya membawa kepada kemenangan Kedah setakat ini.
Apapun, Pulun Kedah Pulun!!! akan bergema di PJ hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan