Kedah akan turun buat kali pertama pada bulan ramadan ini menentang pasukan Pahang FC pada 6hb April. Sememangnya cabaran untuk beraksi pada bulan ramadan ini bukan suatu perkara yang mudah. Kedah telah merekodkan rekod seratus peratus pada bulan March. Walaupun setakat hanya tiga perlawanan pada bulan March, ia jauh lebih baik daripada pasukan Pahang FC. Hal ini kerana, Pahang tidak sempat memulakan kempen dalam saingan Liga Super akibat pendemik Covid 19. Namun tetapi, Pahang FC sempat beraksi dalam perlawanan Piala FA dengan menentang pasukan Manjung City. Perlawanan itu telah mencemaskan para penyokong Pahang FC, apabila mereka terpaksa menunggu sehingga sepakan penalti sebelum meneruskan cabaran pada peringkat seterusnya.
Kalau dilihat dalam perlawanan tersebut, Pahang FC telah menampilkan beberapa pemain import dalam kesebelasan utama. Ini merupakan satu situasi yang agak berbeza daripada Kedah FA, apabila Kedah menampilkan keseluruhan pemain tempatan menentang pasukan Sains FC. Dengan rekod sebegini, Pahang dilihat sedikit tempang sebelum menentang pasukan Kedah FC dalam cabaran Liga Super. Apapun, Kedah tetap perlu berwaspada untuk menentang Pasukan Pahang FC yang boleh dilabel sebagai suatu pasukan yang cukup kerdil. Pada musim lalu, pertembungan kedua-dua pasukan ini disudahi dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Kedah FC dengan jaringan 3 berbalas 1.
Dua jaringan daripada Badrol Bakhtiar dan satu lagi daripada hasil sepakan penalti Kpah Sherman merumuskan pertemuan pada musim lalu. Namun tetapi, musim ini kedua-dua pasukan ini berwajah baru. Apa yang Kedah FC bimbang adalah, bayangan kesebelasan utama pasukan Pahang FC tidak dapat dilihat sehingga hari ini. Pahang masih tidak melalui apa-apa perlawanan di Liga Super dan oleh sebab itu, Kedah tidak mempunyai banyak data-data tentang corak permainan pasukan ini.
Fakta Menarik Kedah FC vs Pahang FC
1.Ronald Ngah dan Mahmoud Za'tara
Suatu fakta menarik dalam perlawanan ini adalah, Ronald Ngah, pemain import pasukan Kedah pernah bermain bersama Mahmoud Za'tara di Liga Jordan. Kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang pernah mewakili Al Salt di Liga Jordan pada musim lalu. Mahmoud merupakan antara pemain penyerang dari Jordan yang perlu diberi tumpuan. Mahmoud sentiasa boleh menjadi pemusnah kepada pasukan lawan dengan sentuhan-sentuhan yang cukup berbisa.
2. Bekas pemain Kedah David Rowley beraksi bersama Pahang FC pada musim ini
Bekas pemain Kedah FC iaitu David Rowley, bersama pasukan Pahang FC pada musim ini. Musim lalu beliau bersama Penang FC dan berjaya menjaringkan gol apabila menentang majikan lama beliau iaitu Kedah FC. Adakah beliau akan melakukakan perkara yang sama dengan pasukan Tok Gajah pada musim ini? Kita nantikan perlawanan diantara pasukan Kedah FC dan Pahang FC besok.
3. Fandi Othman beraksi bersama Pahang FC
Fandi yang bersama dengan pasukan Kedah pada musim lalu, kini beliau mewakili Tok Gajah pada musim ini. Beliau mungkin boleh manjadi duri dalam daging bagi pasukan Kedah FC. Apapun, beliau merupakan sebahagian daripada pemain yang pernah mewakili pasukan Kedah FC dan sentiasa akan menjadi sanjungan atas jasa beliau bagi pasukan hijau kuning yang kita cintai ini.
Perlawanan ini perlu diambil serius oleh semua pemain Kedah FC, apatah lagi liga baru bersambung setelah lama berehat. Intensiti pemain pasti sudah berlainan dan diharapkan pemain-pemain Kedah FC akan mendapatkan semula rentak mereka diatas padang denga cepat. Diharapkan juga, tiga mata penuh bakal menjadi milik pasukan Kedah FC dalam perlawanan ini. Pada masa yang sama, diharapkan penyokong akan mula membanjiri stadium keramat kita iaitu Stadium Darul Aman. Hal ini kerana, sudah beberapa tahun kita tidak dapat melihat suasana stadium yang penuh akibat pandemik Covid 19. Oleh sebab negara mula beransur ke suasana endemik dari pandemik, diharapkan penyokong sang kenari akan mula menbanjiri stadium seperti pada zaman Double Treble yang lalu.
Ayuh!!! Pulun Kedah Pulun!!!
Ulasan
Catat Ulasan