Setelah mengharungi enam perlawanan Liga Super setakat ini, penyokong Kedah telah mula bersuara tentang kredibiliti pemain import yang dimiliki oleh Hijau Kuning. Hal ini kerana, kalau dibandingkan dengan kekuatan pemain import pada musim lalu, pemain import pada musim ini masih terpinga-pinga untuk membantu pasukan dalam saingan Liga Super.
Daripada enam perlawanan setakat ini, Kedah telah mencatatkan 4 kemenangan dan 2 kekalahan. Dua kekalahan itu hadir dengan harga yang tinggi, apabila Kedah dibolosi 4 gol ketika menentang Selangor FC dan Sabah FC. Sebelum kita bandingkan prestasi pemain demi pemain, kita bandingkan prestasi pasukan Kedah setakat 6 perlawanan yang dilalui kalau dibandingkan dengan musim lalu.
Enam perlawanan pertama pada musim lalu menyaksikan, Kedah mencatat 4 kemenangan, 1 keputusan seri dan 1 kekalahan. Ini jelas menunjukkan, Kedah pada musim lalu telah mengutip 13 mata berbanding 12 mata pada musim ini. Tetapi apa yang amat merisaukan penyokong Kedah adalah penglibatan pemain import pada musim ini. Kredibiliti pemain import jikalau dibandingkan dengan musim lalu boleh dikatakan jauh berbeza dari segi prestasi. Jom kita bandingkan setiap pemain import sekarang dengan pemain import yang terdahulu mengikut posisi mereka.
1.Renan Alves vs Jang Suk Won
Pada musim lalu di bahagian pertahanan untuk pasukan Kedah telah dikemudi oleh Renan Alves. Beliau telah bergandingan dengan Rodney Celvin. Pada musim ini, Kedah telah memilih untuk melepaskan Renan Alves dan membawa masuk Jang daripada Melaka United. Jang tidak boleh dipersalahkan secara sepenuhnya atas kekalahan yang telah dialami oleh pasukan Kedah setakat ini Walaupun Kedah acap kali dibolosi, tetapi ia tidak hadir atas kesilapan Jang sendiri. Manakala Renan yang lebih agresif berbanding Jang, acap kali tidak dapat digunakan kerana beliau mudah menerima kad dan mengalami pergantungan perlawanan. Bagi pendapat saya, memilih Jang dibahagian tengah merupakan satu keputusan yang tidak salah. Hal ini kerana, Jang mewakili kuota Asia manakala Renan merupakan kuota import luar negara. Setakat ini, Jang masih boleh diberi kepercayaan dan perlu dibantu oleh pemain-pemain pertahanan lain agar Kedah tidak mudah dibolosi.
2.Dennis Buschening vs Anumanthan
3.Rabih Attaya vs Dechi Marcel
Saya rasa semua masih ingat apabila para penyokong mengatakan Rabih merupakan seorang pemain yang lembap dan perlu ditukar pada awal musim lalu. Namun tetapi, Rabih kadang-kadang berjaya mencatat gol dan melakukan hantaran yang cukup berkualiti bagi membantu pasukan Kedah. Hasilnya, beliau mendapat kepercayaan jurulatih Lebanon bagi mewakili Lebanon untuk peringat akhir kelayakan Piala Dunia 2022. Manakala, Dechi Marcel merupakan pemain yang lebih terarah kepada defensive. Tetapi timbul persoalan dimana ketiga-tiga pemain import iaitu Jang, Marc Vales dan Dechi lebih terarah kepada pertahanan. Ini meyukarkan Kedah untuk merencana serangan di bahagian hadapan. Pemilihan Dechi Marcel bukan satu keputusan yang salah tetapi ia perlu dihalusi selaras dengan pemilihan pemain-pemain import yang lain.
4.Kipre Tchetce vs Marc Vales
Untuk membuat perbanding kedua-dua pemain ini adalah tidak wajar. Hal ini kerana, Marc merupakan seorang pertahanan manakala Kipre merupakan seorang penyerang tulen. Saya rasa rata-rata penyokong Kedah gembira apabila dengar akan kewibawaan Marc Vales yang pernah bertemu beberapa pemain terbaik dunia. Namun tetapi, Marc Vales hadir dengan kecederaan dan tidak berada dalam kesebelasan utama untuk beberapa perlawanan. Walaupun kredibiliti Marc Vales cukup tinggi dipersada antarabangsa, tetapi beliau tidak beraksi di posisi yang beliau sepatutnya beraksi. Ini boleh dikatakan sebagai satu kerugian besar kepada pasukan Kedah.
5.Kpah Sherman vs Ronald Ngah
Semua penyokong sudah mula bersuara dengan mengatakan Ronald Ngah tidak banyak membantu pasukan Kedah. Tetapi kalau kita bandingkan dengan Kpah pada musim lalu, Kpah mendapat bantuan daripada Kipre. Pada musim ini, Ronald Ngah kurang mendapat bantuan daripada pemain-pemain lain. Apapun, Ronald Ngah sebagai seorang pemain professional perlu menunjukkan apa yang beliau boleh lalukan diatas padang, selain menjaringkan gol.
Secara konklusinya, situasi Kedah pada musim ini boleh dikatakan agak meruncing berbanding musim lepas. Hal ini kerana, terdapat banyak kelompongan dari segi pemain import yang perlu diperbaiki oleh Kedah pada musim ini agar Return of Invetment (ROI) dapat dilihat dan seterusnya Kedah mampu menyaingi pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super.
Pulun Kedah Pulun!!!
Ulasan
Catat Ulasan