Kedah mampu mengutip 18 mata daripada 8 baki perlawanan Liga Super

 

Seperti yang semua sedia tahu, Kedah masih mempunyai 8 perlawanan liga sebelum menutup tirai kempen Liga Super pada musim 2022 ini. Secara Matematiknya, maksimum 24 mata akan menjadi rebutan untuk pasukan Kedah. Kalau dipandang dari sudut realistik, Kedah boleh melupakan hasrat untuk mencari dua tempat terbaik dalam Liga yang besar kemungkinan akan menjadi milik JDT ataupun Sabah. Sementelahan itu, kedudukan ketiga juga akan bertambah sukar sekiranya Kedah tidak mula mempamerkan aksi konsisten dalam liga. Berapakah mata yang kita boleh harapkan daripada pasukan Kedah dalam 8 aksi terakhir Liga super?


Berapakan mata Maksimum yang Kedah mampu kumpul dalam baki 8 perlawanan?

Berikut merupakan jadual baki saingan Liga Super bagi pasukan Kedah pada musim ini!!!


Daripada sudut positif, 5 daripada 8 perlawanan yang akan dilalui oleh Kedah akan berlangsung di Stadium Darul Aman. Manakala baki tiga perlawanan akan dilalui oleh Kedah di gelanggang lawan. Lima perlawanan di tempat sendiri ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin dengan mengutip mata semaksimum yang boleh. Jom kita sama sama mebuat suatu pengiraan bagi kita membuat persediaan secara mental untuk menghadapi baki musim 2022!!!

Perlawanan di Stadium Darul Aman - HOME GAMES

Kita mulakan dengan mengulas dan meletakkan harapan pada perlawanan-perlawanan yang akan dilalui oleh Kedah di Stadium keramat kita iaitu Stadium Darul Aman!!!

Perlawanan Pertama : Kedah vs Penang - 2 Sep 2022

Ulasan : Penang yang megemudi kedudukan terakhir Liga Super, akan pasti cuba mengutip mata agar tidak terus tercicir di dasar Liga Super. Perlawanan ini akan dikelaskan sebagai Northern Derby. Pada musim ini, Penang hanya mencatat satu kemenangan daripada 16 perlawanan yang mereka telah lalui setakat ini. Kemenangan tersebut hadir apabila menentang skuad penyu iaitu Terengganu FC. Saya rasa semua masih ingatkan aksi di Penang apabila Kedah bangkit untuk membenam Penang FC dengan dua jaringan berbalas satu.

Harapan Penyokong : Harapan penyokong adalah semestinya untuk mengutip masa maksimum iaitu tiga mata penuh. Tidak memperlekehkan kewibawaan pasukan Penang, tetapi sekiranya Kedah mahu menempatkan diri dalam 4 kedudukan  terbaik dalam Liga Super, Kedah seharusnya membenam cabaran Penang FC pada 2 Sept ini

Harapan Mata Minumum: 3 Mata

Perlawanan Kedua : Kedah vs Selangor - 14 Sep 22

Ulasan : Selangor sedang mengalami musim yang tidak menentu. Ini jelas dapat dilihat apabila musim malang Selangor berterusan semasa bertemu pasukan jiran mereka iaitu PJ City FC apabila tumpas dengan jaringan 1-0. Selangor menghuni tangga ke 9 dimana dua tangga di belakang  pasukan Kedah FC. Semua masih segar dengan kekalahan pertama Kedah FC pada musim ini hadir ditangan pasukan Red Giants dengan 4-1.

Harapan Penyokong : Harapan penyokong Kedah semestinya ingin mendapatkan tiga mata penuh dan seterusnya membalas dendam atas kekalahan pada awal musim kepada Selangor FC

Harapan Mata Minimum: 3 Mata

Perlawanan Ketiga : Kedah vs PJ City FC - 14 Sep 22

Ulasan : PJ City FC yang memulakan aksi Liga Super dengan baik tidak dapat meneruskan momentum tersebut secara konsisten. PJ City FC yang merupakan satu satunya pasukan yang menggunakan keseluruhan tenaga pemain lokal pada musim ini. Pada perlawanan lalu di stadium MBPJ, kedua-dua pasukan ini mencatat keputusan seri 3-3.

Harapan Penyokong : Harapan penyokong semestinya ingin melihat pasukan Kedah mencuri peluang beraksi ditempat sendiri bagi menjamin tiga mata penuh.

Harapan Mata Minimum: 3 Mata

Perlawanan Keempat : Kedah vs JDT FC - 4 Oct 22

Ulasan : Pertembungan kedua-dua pasukan ini acap kali menjadi topik panas dalam landskap bolasepak negara. Kekebalan JDT FC pada musim ini jelas dapat dilihat setelah 14 perlawanan yang diharungi, JDT masih tidak mengalami sebarang kekalahan.

Harapan Penyokong : JDT pasti ingin mengekalkan kekebalan mereka pada musim ini. Saya rasa rata-rata penyokong akan gembira sekiranya Kedah mampu mencuri satu mata daripada perlawanan ini. Sekiranya Kedah mampu menewaskan JDT ia akan menjadi satu kejutan yang agak besar pada musim ini.

Harapan Mata Minimum: 1 Mata

Perlawanan Kelima : Kedah vs Terengganu FC - 15 Oct 22

Ulasan :  Kedah telah diaibkan oleh pasukan Terengganu FC sebanyak dua kali pada musim ini. Hal ini kerana, Kedah terpaksa bertemu Terengganu FC di Piala FA dan juga Liga Super di Kuala Terengganu. Kemungkinan besar, perlawanan ini akan menentukan Kedah ataupun Terengganu FC untuk menjadi 4 pasukan terbaik Liga Super pada musim ini

Harapan Penyokong : Harapan penyokong semestinya mahu melihat Kedah menutup kempen Liga Super 2022 dengan kemenangan. Hal ini kerana, perlawanan ini akan menjadi perlawanan terakhir Liga bagi kedua-dua pasukan, dan Kedah semestinya perlu menggunakan kelebihan beraksi ditempat sendiri bagi menjamin tiga mata penuh.

Harapan Mata Minimum: 3 Mata

Perlawanan di gelanggang lawan : AWAY GAME

Perlawanan Pertama : Melaka vs Kedah - 9 Sep 22

Ulasan : Kedah dan Melaka boleh dikatakan mengalami prestasi yang hampir sama dalam kempen Liga Super. Hal ini disebabkan, Kedah dan Melaka masing-masing mengutip 18 dan 17 mata  setelah mengharungi 14 perlawanan. Perlawanan di Stadium Darul Aman telahpun menjadi milik Melaka FC pada awal musim.

Harapan Penyokong : Kedah perlu mencuba sedaya upaya bagi memastikan tiga mata di Stadium Hang Jebat dan seterusnya menutup peluang Melaka FC bagi memintas kedudukan pasukan Kedah FC.

Harapan Mata Minumum: 3 Mata

Perlawanan Kedua : Negeri Sembilan vs Kedah - 7 Oct 22

Ulasan : Skuad Hoben Jang Hoben tampil dengan aksi yang penuh konsisten pada musim ini. Skuad N9 FC sukar ditewaskan oleh mana mana pasukan di Stadium Paroi. Kedah telah mencatat keputusan seri semasa beraksi di Stadium Darul Aman menentang pasukan Negeri Sembilan.

Harapan Penyokong : Diharapkan Kedah mampu mencuri minimum satu mata apabila berhadapan dengan penyokong Skuad Rusa  pada 7 Oct.

Harapan Mata Minumum: 1 Mata

Perlawanan Ketiga : JDT vs Kedah - 7 Oct 22

Ulasan : Kedah terpaksa menerima hakikat untuk bertemu juara bertahan JDT dua kali daripada baki 8 perlawanan Liga Super. Bertemu JDT FC di Stadium Sultan Ibrahim merupakan perlawanan yang amat sukar bagi pasukan Kedah FC. Hal ini kerana kekebalan pasukan JDT apabila bermain digelanggang sendiri mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim

Harapan Penyokong : Secara realistiknya, penyokong tidak perlu mengharapkan sebarang mata dan terus berdoa agar Kedah mampu mencipta suatu kejutan dalam perlawanan tersebut.

Harapan Mata Minumum: -

Setelah mengambil kira harapan dan ulasan diatas, harapan penyokong untuk baki 8 perlawanan adalah agak tinggi. Kedah perlu sekurang-kurangya mengutip 18 mata minimum seperti yang kita harapkan. Pasukan Kedah perlu kekal fokus bagi mengutip mata yang semaksimum mungkin bagi menjamin senyuman dbibir penyokong Hijau Kuning.

Pulun Kedah Pulun!!!

Ulasan