Kedah Mampu Menjadi Tiga Pasukan Teratas Liga Super 2022!!!

Kedah mula mempamerkan konsistensi dalam liga apabila berjaya mengutip mata penuh dalam tiga perlawanan terakhir. Persoalannya kini adakah, adakah Kedah boleh menempatkan sebagai salah satu pasukan daripada tiga pasukan terbaik Liga Super dan seterusnya mewakili Malaysia ke saingan Piala Asia. Semua sedia maklum bahawa Piala AFC dan AFC Champions League merupakan suatu penghormatan terbesar kepada mana-mana pasukan untuk mewakili negara masing-masing. Secara metamatiknya, Kedah masih berpeluang  walaupun tipis untuk menjadi tiga pasukan terbaik Liga Super. Sebelum menganalisis secara lanjut, jom kita saksikan pasukan-pasukan yang akan menjadi halangan kepada pasukan Kesayangan kita iaitu Kedah Darul Aman

Berdasarkan carta liga dibawah, tiga pasukan yang akan menjadi halangan adalah Sabah,Negeri Sembilan dan Terengganu. Hal ini kerana, ketiga-tiga pasukan ini menduduki tangga yang lebih baik berbanding sang kenari setakat ini. Sekiranya Kedah ingin menduduki tiga tangga teratas, Kedah sepatutnya mula mengukur kewibawaan mereka dengan pasukan-pasukan yang telah disebutkan tadi.

Jom kita menganalisis secara terperinci jadual ketiga-tiga pasukan ini dan seterusnya membandingkan dengan apa yang bakal diharungi oleh pasukan kesayangan kita iaitu Kedah Darul Aman.

Sabah FC

Sabah FC bakal mengharungi baki 4 perlawanan yang boleh dirungkaikan sedikit sukar bagi mereka. Hal ini kerana, selepas cuti rehat, mereka akan turun bertemu pasukan ditangga keempat iaitu Terengganu FC dihalaman skuad penyu. Perlawanan ini agak penting bagi mereka disebabkan pasukan ditangga ketiga ketika ini iaitu Negeri Sembilan sedang mengintai peluang untuk memintas mereka pada bila-bila masa. Berikut merupakan baki perlawanan bagi pasukan Sabah FC;

1.vs Terengganu (Away)

2.vs Penang (Home)

3.vs Pahang (Away)

4.vs JDT (Away)

Walaupun secara Metamatiknya ,Kedah dilihat sukar untuk mengejar Sabah FC, tetapi cabaran Sabah FC juga agak besarnya dengan apatah lagi daripada baki 4 perlawanan (3 daripadanya di laman lawan)

Negeri Sembilan FC


Skuad hoben jang hoben ini mempunyai baki 4 perlawanan untuk diharungi dalam saingan Liga Super. Kalau dilihat daripada prestasi dan kedudukan semasa, Negeri Sembilan mempunyai harapan cerah untuk menjadi salah satu daripada tiga pasukan teratas Liga. Salah satu daripada empat perlawanan tersebut menemukan pasukan kesayangan kita Kedah FC di Stadium Paroi. Namun, kita semua tahu akan kekebalan pasukan Negeri Sembilan di Stadium keramat mereka. Ayuh kita semua sama-sama mengharapkan keajaiban daripada pasukan kita untuk mengutip 3 mata penuh di Stadium Paroi nanti. Berikut merupakan baki perlawanan pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super;

1.vs JDT (Away)

2.vs Kedah (Home)

3.vs Melaka (Home)

4.vs Pahang (Away)

Terengganu FC

Pasukan ini boleh dikatakan pasukan yang tengah bersaing hebat dengan pasukan Kedah bagi merebut 4 pasukan teratas liga. Terengganu FC pasti akan cuba sesuata bagi menjamin sekurang-kurangnya 4 pasukan teratas dalam saingan Liga Super musim ini. Daripada 4 perlawanan tersebut, satu perlawanan menemukan pasukan kita dengan Terengganu FC di Stadium Darul Aman. Kita berharap pasukan kita akan membalas dendam terhadap kekalahan ditangan Terengganu FC sebelum ini. Baki perlawanan pasukan Terengganu FC seperti berikut;

1.vs Sabah (Home)

2.vs Melaka United (Away)

3.vs Kuala Lumpur (Away)

4.vs Kedah (Away)

Kedah FC

Sekarang tiba masanya untuk kita memberi perhatian dan analisis terhadap pasukan kesayangan kita iaitu Kedah FC. Satu perkara yang membezakan Kedah FC dengan pasukan-pasukan diatas adalah Kedah FC hanya beraksi 17 perlawanan manakala semua pasukan diatas telah beraksi sebanyak 18 perlawanan. Kedah perlu menggunakan sebaik mungkin satu perlawanan  tersebut bagi merapatkan jurang mata dengan pasukan diatas. Berikut merupakan baki 5 perlawanan Liga Super pada musim ini;

1.vs PJ City FC (Home)

2.vs JDT FC (Home)

3.vs Negeri Sembilan (Away)

4.vs JDT (Away)

5.vs Terengganu (Home)

Walaupun pasukan-pasukan yang akan ditentang oleh Kedah dilihat nama-nama besar, tetapi Kedah FC perlu menggunakan peluang beraksi di Stadium Darul Aman sebanyak 3 kali daripada 5 baki aksi perlawanan Liga Super. Apapun, kita perlu fokus untuk melunaskan cabaran PJ City FC terdahulu dan seterusnya menyamakan jumlah perlawanan yang telah diharungi oleh pasukan Kedah FC setakat ini dengan pasukan-pasukan lain. Ayuh penyokong Hijau Kuning, kita penuhkan Stadium Darul Aman agar Kedah boleh menjadi salah satu daripada tiga pasukan terbaik Liga Super.

Pulun Kedah Pulun!!!


Ulasan