Kesemua Pasukan Top 8 Liga Super Mempunyai Wakil Dalam Pasukan Kebangsaan!!! Kecuali Kedah FC

 



Pasukan Kebangsaan telah dibentuk oleh jurulatih skuad kebangsaan kita iaitu Kim Pan Gon untuk menghadapi saingan King's Cup yang bakal berlangsung di Thailand. Persoalannya adalah, kenapa pasukan Kedah FC yang pernah satu ketika menjadi kilang melahirkan pemain-pemain berbakat dalam negara tidak lagi diminati oleh para kejurulatihan negara. Hal ini dilihat secara jelas, apabila beberapa tahun kebelakangan ini, jarang pemain daripada pasukan Hijau Kuning menyarung jersi Harimau Malaya. Jom kita sama-sama menganalisis para pemain yang telah dipanggil untuk membawa cabaran negara di King's Cup 2022.

Daripada senarai 25 pemain diatas, komposisi para pemain mengikut kelab yang mereka wakili seperti dibawah;

1.JDT - 9 Pemain

Seperti biasa beberapa tahun kebelakangan ini, JDT selalu menjadi tumpuan para kejurulatihan Harimau Malaya. Hasilnya, 9 daripada 25 pemain harimau Malaya adalah daripada pasukan JDT sendiri. 

Senarai Pemain : Corbin Ong, Mathew Davies, Nazmi Faiz, Sumareh , Akhyar Rashid , Safawi Rasid, Arif Aiman, Shahrul dan Syafiq Ahmad

2.Terengganu FC - 3 Pemain

Terengganu FC yang menduduki tangga keempat Liga Super setakat ini, mempunyai 3 wakil untuk pasukan kebangsaan kali ini. 

Senarai Pemain : Rahadiazli,Azam Azmi Murad dan Faisal Halim

3.PJ City FC - 3 Pemain

PJ City FC yang digelar yakinilokal mempunyai 3 wakil dalam Skuad Kebangsaan kali ini

Senarai Pemain : Kalamullah, Ruventhiran dan Darren Lok

4.Selangor FC - 3 Pemain

Walaupun mengalami musim yang suram, skuad Red Giants tetap mempunyai wakil dalam Skuad Kebangsaan.

Senarai Pemain : Mukhairi Ajmal, Brendan Gan dan Shahrul Nazeem

5.KL City FC - 2 Pemain

Pasukan yang sedang mencatat keputusan yang agak memberangsangkan dalam AFC Cup mempunyai 2 wakil dalam pasukan Skuad Kebangsaan iaitu Harimau Malaya.

Senarai Pemain : Zhafri Yahya dan Declan Lambert

6.Negeri Sembilan FC - 2 Pemain

Pasukan yang menduduki tangga ketiga liga musim ini mempunyai 2 wakil dalam pasukan Harimau Malaya. Antara yang menjadi tumpuan adalah Syihan Hazmi yang mula diletakkan sebagai penjaga gol utama pasukan negara.

Senarai Pemain : Khuzaimi Pie dan Syihan Hazmi

7.Sabah FC - 1 Pemain

Sabah FC boleh dikatakan pasukan kedua yang kekal konsisten dibelakang JDT pada musim ini. Antara pemain yang memikat hati Kim Pan Gon adalah Dominic Tan.

Senarai Pemain : Dominic Tan

8.Pahang FC - 1 Pemain

Satu-satunya pemain Tok Gajah yang selalu diminati oleh Harimau Malaya adalah Nor Azam Azih

Senarai Pemain : Azam Azih

9.Jablonec FC - 1 Pemain

Pasukan yang berpengkalan di Czech ini merupakan pasukan terbaru Dion Cools.

Senarai Pemain : Dion Cools

Sebanyak 8 pasukan mempunyai wakil dalam Skuad Kebangsaan kali ini daripada jumlah keseluruhan 12 pasukan Liga Super musim 2022. 4 pasukan yang tidak mempunyai wakil dalam Skuad Kebangsaan kali ini adalah Kedah FC, Melaka United FC, Sarawak FC dan Penang FC. Apa yang merumitkan keadaan adalah, berdasarkan kedudukan Liga Super, Kedah satu-satunya pasukan yang tidak mempunyai wakil dalam Top 8 Liga Super setakat ini. Hal ini kerana, Kedah FC menduduki tangga kelima liga, dan mempunyai beberapa pemain tempatan yang berkualiti untuk diserapkan dalam Skuad Harimau Malaya. Pemain seperti Fayadh dan Rodney Celvin harus diberikan peluang untuk beraksi dalam skuad negara demi kemajuan pemain tersebut dalam karier proffesional mereka. Diharapkan, pasukan kejurulatihan negara akan meniliti semula pemilihan mereka pada masa akan datang dan mula memberi tumpuan kepada para pemain KDA FC kelak.

Namun sebagai warganegara Malaysia, kita semua perlu sentiasa berada dibelakang Pasukan Kebangsaan agar mereka mampu membuat sesuatu dalam Kings Cup 2022 ini. Pulun Malaysia Pulun!!!

Ulasan