KDA FC Memerlukan Keajaiban Esok!!!

Liga super 2022 akan melabuhkan tirainya pada sabtu ini apabila perlawanan ke 22 iaitu perlawanan terakhir akan berlangsung. Tatkala JDT yang sudah memahat nama mereka selaku Juara Liga Super 2022, perlawanan terakhir hanya sekadar pelengkap jadual bagi the Southern Tigers. Namun yang menjadi tumpuan kini adalah, saingan tempat ke 2 hingga ke 4 dan tempat ke 5 hingga ke 8. Saingan ini bukan sekadar untuk menentukan kedudukan masing-masing dalam Carta Liga Super, tetapi bagi menyelematkan diri mereka daripada menentang satu sama lain dalam saingan Piala Malaysia yang akan menjelma kelak. Walaupun kebanyakkan penyokong tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia nanti, namun hampir semua tidak mahu melihat Kedah diaibkan pada peringkat awal Piala Malaysia. Hal ini kerana, dari sudut metamatik, Kedah secara realistiknya hanya mampu menduduki tangga ke 5 hingga ke 8 Liga Super. Kedudukan ini hanya akan dimuktamadkan sejurus perlawanan terakhir Liga Super 2022 tamat pada Sabtu ini. Berikut merupakan carta Liga Super yang lebih menjurumus kepada 4 pasukan yang akan bersaing hebat bagi menduduki tangga yang lebih baik bagi menjamin kedudukan yang agak seleasa sebelum memulakan perjuangan mereka dalam Piala Malaysia;

Pasukan-pasukan yang akan bersaing bersama bagi menentukan kedudukan ke 5 hingga ke 8 adalah Selangor FC, KL City FC dan Sri Pahang FC bersama-sama dengan pasukan kesayangan kita iaitu Kedah FC. Kedudukan Ke 5 dan 6 adalah penting bagi pasukan-pasukan ini kerana mereka mampu mengelak bertemu Naib Juara Liga Super ataupun Tempat ke 4 Liga Super 2022. Berikut merupakan pertstruan yang mungkin akan berlaku bagi pasukan ke 5 hingga ke 8 Liga Super pada Piala Malaysia nanti;

Kedudukan ke 5 : vs Kelantan United 

Kedudukan ke 6 : vs PDRM

Kedudukan ke 7 : vs Naib Juara Liga Super (Sabah/Terengganu/N9)

Kedudukan ke 8 : vs  Tempat Keempat Liga Super (Sabah/Terengganu/N9)

Berdasarkan undian dan kemungkinan diatas, keempat-empat pasukan ini akan cuba mengelak untuk menduduki tangga ke 7 dan ke 8 kerana mereka terpaksa bertemu salah satu pasukan yang sedang mengunguli Liga Super pada masa kini iaitu Sabah, Terengganu dan N9. Kedah yang menduduki tangga ketujuh setakat ini dilihat sukar dan memerlukan keajaiban untuk mendapatkan tangga ke 5 ataupun ke 6. Berikut merupakan tiga sebab utama Kedah memerlukan keajaiban bagi mendapatkan tangga ke 5 ataupun 6 Liga Super 2022;

1.Kedah akan bertemu Terengganu FC pada perlawanan terakhir Liga Super 2022


Kedah yang mengalami musim yang tidak konsisten harus menjinakkan Terengganu FC yang sedang bersaing hebat untuk menjadi Naib Juara Liga Super. Hanya kemenangan sahaja yang akan menjamin gelaran Naib Juara Liga Super bagi pasukan yang membawa gelaran the turtles ini. Terengganu FC pasti akan cuba sedaya upaya bagi membawa balik tiga mata ke Kuala Terengganu pada perlawanan ini. Pemain ke 12 iaitu penyokong setia Hijau Kuning adalah amat penting dalam perlawanan ini agar Kedah boleh mencipta sesuatu dalam perlawanan ini.

2.Selangor FC dan KL City FC dilihat akan menjamin kedudukan ke 5 dan ke 6 Liga Super dengan mudah

Tatkala Kedah perlu berhadapan cabaran Terengganu FC, KL City FC dan Selangor FC dilihat akan menempuh cabaran yang sedikit mudah bagi mereka. Hal ini kerana, pada perlawanan terakhir nanti, Selangor FC akan menentang Penang FC dan KL City FC akan turun menentang PJ City FC. Penang FC yang menduduki tangga tercorot Liga Super, tidak mampu mengubah kedudukan mereka walaupun melakarkan kemenangan terhadap Selangor FC. Ini akan mempermudahkan urusan Selangor FC pada perlawanan terakhir nanti. Selain itu, lawan bagi KL City FC merupakan pasukan yang menduduki tangga yang lebih bawah daripada mereka iaitu PJ City FC. Andai PJ City FC melakarkan kemenangan, kemungkinan besar mereka mampu mengelak berjumpa JDT pada pusingan pertama. Namun, cabaran Kedah FC dilihat jauh lebih besar daripada cabaran yang akan ditentang oleh pasukan Selangor FC dan KL City FC.

3.Perbezaan Gol yang akan menjadi penentu


Sekiranyan perlawanan terakhir KL City FC dan Selangor FC berakhir dengan keputusan seri dan Kedah berjaya menundukkan Terengganu FC, perbezaan gol akan diambil kira. Perbezaan gol Selangor FC adalah +6 gol manakala KL City pula 0 gol. Jika dibandingkan dengan kedua-dua pasukan ini, Kedah FC yang mempunyai defisit -7 gol dilihat agak sukar untuk menduduki tangga ke 5 ataupun ke 6 Liga Super.

Walaubagaimanapun kita sebagai penyokong setia Hijau Kuning, kita semua berharap pasukan Kedah akan bangkit pada perlawanan terakhir ini dan seterusnya akan memberikan satu keyakinan kepada penyokong bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2022.

Pulun Kedah Pulun!!!


Ulasan