Mungkin Pemain Kedah akan menguji Pasukan World Cup 2022!!!

 



Hampir semua penyokong hijau kuning seakan akan setuju sekiranya ada yang mengatakan bahawa pemain import yang paling menyerlah dalam kem skuad kenari adalah Mahmoud Al-Mardi. Hal ini kerana, Kedah pada musim ini agak tumpul dan tidak mempunyai seorang pemain yang boleh dikatakan  mempunyai kreativiti yang tinggi dan bertindak sebagai seorang playmaker bagi pasukan Kedah FC. Pada musim sebelum ini, terdapat beberapa pemain senior dan import yang telah memainkan peranan tersebut dengan baik seperti Badrol Bakhtiar, Kipre Tchetche, Rabih dan sebagainya. Apapun, Kedah pada musim ini tampil dengan skuad yang sedikit tempang dan acap kali kecederaan sentiasa menghantui pemain import yang telah dibawah masuk.

Kedah akhirnya mendapat sesuatu apabila Mardi telah dibawa masuk pada pertengahan liga dan kehadiran beliau sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penyokong apabila pemain ini sentiasa menjadi pemain sandaran kepada pemain-pemain lain dalam merencana setiap gerakan terhadap kubu pasukan lawan.

Kedah FC yang mempamerkan aksi yang kurang konsisten, tiba-tiba mencatat tiga kemenangan berturut-turut bermula dengan Penang, Melaka dan Selangor. Rekod ini akhirnya dileburkan oleh PJ City  di Stadium Darul Aman dengan jariangan 1 gol tanpa balas. Dalam perlawanan ini, jelas dapat dilihat, Kedah tidak bernafsu untuk mencipta peluang akibat ketiadaan Mahmoud Al Mardi yang mengalami penggantungan perlawanan. Namun apa yang pasti, pengurusan Kedah perlu cepat membuat kerja untuk mendapatkan lebih ramai pemain seperti Mardi agak Kedah boleh kekal konsisten dalam saingan Liga Malaysia pada tahun ini dan seterusnya pada tahun yang akan datang. Saya pasti hampir kesemua penyokong ingat lihat Mardi kekal beraksi bersama pasukan Kedah pada musim hadapan atas kelincahan beliau diatas padang. Mari kita mengkaji pencapaian pemain ini bersama pasukan kebangsaan beliau iaitu Jordan.

Pasukan Kebangsaan Jordan

Mahmoud Al Mardi adalah pemain yang sentiasa mendapat panggilan bersama pasukan kebangsaan beliau iaitu Jordan. Setakat ini beliau telah beraksi sebanyak 37 kali untuk Jordan yang sedang menduduki ranking ke 84 dunia. Dalam 37 penampilan tersebut, beliau telah menjaringkan 4 gol bersama pasukan kebangsaan Jordan. Gol pertama beliau hadir apabila menentang Denmark dalam suatu kejohanan di Dubai seperti dibawah;

Selain itu gol-gol beliau hadir menentang pasukan Finland, Palestine dan Kuwait. Setelah bersama Kedah, beliau masih telah mendapat panggilan pada bulan September lalu apabila pasukan Jordan bertemu Syria dan Oman dalam aksi persahabatan. Beliau juga telah menempatkan diri beliau sebagai antara pemain dalam kesebelasan utama untuk perlawanan tersebut.


Semua sedia maklum bahawa World Cup 2022 akan dilangsungkan di bumi Arab iaitu di Doha,Qatar. Sebagai persediaan, kebanyakan pasukan ternama akan melangsungkan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara  Arab sebelum menjejakkan kaki mereka di bumi Qatar. Juara dunia 2010 Sepanyol, akan bertemu pasukan Jordan di Amman,Jordan pada 17 November iaitu beberapa hari sebelum World Cup membuka tirainya secara rasmi. Adakah Mardi akan dipanggil bagi mewakili pasukan Jordan untuk menentang pasukan yang pernah digelar juara dunia ini? Mari kita sama-sama menantikan apa yang akan berlaku pada bulan November nanti. Apapun, Pulun Mardi Pulun!!!

Ulasan