Kedah FC pasti tidak akan berjumpa JDT sehingga Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022!!!

Seperti yang semua sedia maklum,  undian Piala Malaysia 2022 telah dijalankan. Format Piala Malaysia pada kali ini tampil dengan beberapa perubahan. Perubahan yang amat ketara yang dapat dilihat adalah, format pada tahun ini telah diubah kepada pusingan kalah mati berbanding peringkat kumpulan sebagai pusingan awal pada edisi-edisi sebelum ini. Berikut merupakan jadual penuh untuk saingan Liga Malaysia 2022 yang akan datang;

Saya pasti para peminat Hijau Kuning pasti mengharapkan pasukan kesayangan kita untuk membuat sesuatu dalam saingan Liga Malaysia bagi mengubati hati mereka yang terluka akibat prestasi pasukan Kedah FC yang tidak menentu dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC. Hanya tinggal satu piala lagi yang akan menjadi medan untuk para pemain Kedah FC untuk membuktikan sesuatu kepada peminat setia Hijau Kuning. Akibat Liga Super yang belum melabuhkan tirainya, para pasukan telah diundi berdasarkan kedudukan dalam Liga Super. Posisi mereka dalam Piala Malaysia hanya akan terjawab apabila semua pasukan menamatkan saingan Liga Super yang berbaki tiga perlawanan.

Jom kita saksikan halatuju pasukan kesayangan kita iaitu Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Malaysia kali ini. Berdasarkan kedudukan dalam Liga Super pada masa kini, Kedah menghuni kedudukan keenam dalam carta liga. Sebelum kita mengulas lanjut, jom kita saksikan kedudukan Liga Super setakat ini seperti dibawah;

Mari kita sama-sama bandingkan kedudukan ini dengan undian yang telah dijalankan. Sekiranya Kedah FC  dapat mengekalkan kedudukan keenam dalam saingan Liga Super, Kedah FC dijangka akan bertemu pasukan PDRM pada pusingan pertama. Analisis lanjut dan sedikit pengiraan bagi pasukan kesayangan kita iaitu Kedah FC;

Analisis

Terdapat baki tiga perlawanan dalam saingan Liga Super yang akan menawarkan maksimum 9 mata untuk semua pasukan. Berdasarkan pengiraan Matematik, kedudukan 5 hingga 8 masih boleh mengalami perubahan setelah semua pasukan ini menyelesaikan baki perlawanan masing-masing. Jom kita menganalisis pasukan demi pasukan (Kedudukan 5 hingga 8) supaya kita boleh mengagak dimanakah posisi Kedah FC dalam saingan Liga Malaysia 2022 yang akan datang.

Kedudukan 5 : KL City FC

KL City FC yang telah mencipta sejarah apabila telah melayakkan diri ke Final saingan Piala AFC 2022 baru-baru ini hanya mempunyai baki 2 perlawanan dalam Liga Super. Perlawanan tersebut adalah seperti berikut;

1.vs Terengganu FC (Home)

2.vs PJ City FC (Away)

Kedudukan KL City pada masa kini adalah 2 mata dihadapan pasukan Kedah FC. Kedah FC mempunyai baki tiga perlawanan berbanding KL City FC yang hanya mempunyai dua perlawanan.

Kedudukan 6 : Kedah FC

Kedah FC menghuni kedudukan keenam dalam saingan Liga Super dengan 27 mata. Kita pasti akan menginginkan sesuatu terbaik untuk Kedah bagi mengakhiri Liga Malaysia dengan noktah kejayaan. Berikut merupakan baki perlawanan pasukan Kedah FC dalam saingan Liga Super;

1.vs Negeri Sembilan FC (Away)

2.vs JDT (Away)

3.vs Terengganu (Away)

Perlawanan menentang N9 dan Terengganu pasti akan menjadi cabaran kepada pasukan Kedah FC akibat kedua-dua pasukan ini sedang bersaing hebat untuk menjadi naib johan Liga Super 2022.

Kedudukan 7: Pahang FC

Pahang FC yang menghuni kedudukan ketujuh pasti akan cuba untuk merampas kedudukan keenam ataupun kelima. Hal ini kerana berdasarkan kedudukan undian, pasukan ini akan menentang naib juara Liga Super (besar kemungkinan Sabah FC/N9FC/Terengganu FC). Skuad Hogoh Pahang Hogoh ini pasti akan cuba mengelak dan merampas kedudukan keenam liga dari pasukan Kedah FC. Baki perlawanan Liga Super bagi pasukan Pahang FC seperti berikut;

1.vs JDT (Home)

2.vs Sabah (Home)

3.vs N9 (Home)

Walaupun cabaran yang agak besar menanti Pahang FC dengan bertemu tiga pasukan teratas Liga Super 2022, pasukan yang cukup kerdil ini akan turun semua perlawanan di Stadium Darul Makmur yang akan menjadi tonik tambahan bagi pasukan tersebut.

Kedudukan 8 : Selangor FC


Selangor FC mendapat semangat yang baru apabila telah menerima jurulatih yang bukan asing lagi dalam saingan Liga Malaysia iaitu Tan Cheng Hoe. Selangor FC menduduki tangga kelapan liga dengan 23 mata dimana 4 mata membezakan daripada pasukan Kedah FC. Berdasarkan kedudukan ini, Selangor FC dijangkan bertemu pasukan yang mengakhiri tempat keempat dalam saingan Liga Super kali ini. Berikut merupakan baki jadual Liga Super 2022 bagi pasukan Selangor FC;

1.vs PJ City FC (Away)

2.vs Sarawak United (Away)

3.vs Penang (Away)

Walaupun dibezakan 4 mata dariapada Kedah FC, tetapi berdasarkan jadual mereka untuk baki saingan Liga Super, Selangor FC mampu menjadi ancaman kepada pasukan Kedah FC untuk menamatkan saingan Liga Super 2022 ditangga kelima ataupun keenam.

Kedudukan Kedah FC dalam Liga Malaysia

Secara realistiknya, Kedah FC kemungkinan akan menduduki tangga kelima hingga tangga kelapan dalam Liga Super kali ini. Berdarsarkan undian Piala Malaysia yang telah dijalankan, kedudukan lima hingga kelapan liga Super tidak akan bertemu dengan juara Liga Super iaitu JDT sehingga perlawanan akhir Piala Malaysia nanti. Hal ini kerana, semua pasukan 5 hingga 8 berada di pot sebelah kanan yang ditakdirkan akan bertemu Naib Juara Liga Super sebelum berfikir panjang untuk menempatkan diri mereka dalam perlawanan akhir. Berikut merupakan ramalan pasukan yang akan bertemu Kedah FC sekiranya Kedah FC menduduki tangga ke 5 hingga 8;

Tangga Kelima : Kedah FC vs Kelantan United FC

Tangga Keenam : Kedah FC vs PDRM FC

Tangga Ketujuh : Kedah FC vs Naib Juara Liga Super (Sabah FC/Negeri Sembilan FC/Terengganu FC)

Tangga Kelapan : Kedah FC vs Tempat 4 Liga Super (Sabah FC/Negeri Sembilan FC/Terengganu FC)

Berdasarkan prestasi semasa pasukan Kedah FC, hampir semua penyokong tidak akan memasang impian yang besar dalam saingan Liga Malaysia yang akan datang. Walaubagaimanapun, format kali ini merupakan pusingan kalah mati dan kita mengharapakan sesuatu yang terbaik akan tercetus dalam pasukan Hijau Kuning untuk memberi sedikit senyuman dibibir penyokong Kedah FC. Pulun Kedah Pulun!!!

Ulasan