Dalam bolasepak setiap pemain mempunyai nilai masing masing. Jom kita saksikan nilai pasaran tertinggi bagi setiap pasukan Liga Super. Nilai pasaran ini telah diambil dari transfermarket.com yang merupakan sebuah laman sesawang popular bagi bolasepak dunia.
12.PJ City FC : S.Kumaahran (150k Euro)
Pasukan yang tidak menggunakan seberang pemain import ini pada musim ini, merupakan satu-satunya pasukan yang mempunyai nilai pasarannya tertinggi adalah pemain tempatan. Profil S.Kumaahran seperti berikut;Nama : S.Kumaahran
Umur : 26 tahun
Penampilan : 17 kali
Gol : 3
11.Sarawak United FC : Uche Agba (175k Euro)
Pemain yang berumur 36 tahun ini merupakan pemain yang mempunyai nilai pasaran tertinggi dikalangan pemain dalam pasukan Sarawak United.Profil pemain ini seperti dibawah;
Nama : Uche Agba
Umur : 36 tahun
Penampilan : 14
Gol : 3
10.Negeri Sembilan FC : Herold Goulan (250k Euro)
Pemain pertahanan Herold Goulon merupakan pemain yang mempunyai nilai pasaran tertinggi untuk pasukan hoben jang hoben. Walaupun beraksi sebagai pemain pertahanan, pemain ini acap kali mencetak nama sebagai penjaring bagi pasukan Negeri Sembilan FC.Nama : Herold Goulon
Umur : 34 tahun
Penampilan : 16 kali
Gol : 6
9.Penang FC : Endrick Dos Santos (300k Euro)
Endrick Dos Santos merupakan seorang penyerang yang cukup berkeliber. Namun pada musim ini, semua tampak tidak menjadi bagi pasukan Penang FC yang mengalami musim suram. Profil pemain ini seperti dibawah;Nama : Endrick Dos Santos
Umur : 27 tahun
Penampilan : 12 kali
Gol : 1
8.KL City FC : Romel Morales (300k Euro)
Pemain ini cukup sinonim bersama KL City FC bersama-sama dengan Paulo Josue. Kedua-dua pemain ini sentiasa membawa senyuman dibibir penyokong KL City FC dengan menjuarai Piala Malaysia dan membawa KL City FC ke final Piala AFC.Umur : 25 tahun
Penampilan : 15 kali
Gol : 4
7.Terengganu FC : Kpah Sherman (350k Euro)
Pemain yang pernah menjadi pemain sensasi bagi pasukan Hijau Kuning pada musim lalu, kini merupakan pemain yang paling bernilai di skuad Terengganu pada musim ini. Beliau telah membantu pasukan penyu untuk menjadi Naib Juara Piala FA musim ini.
Nama : Kpah Sherman
Umur : 30 tahun
Penampilan : 13 kali
Gol : 6
6.Melaka United : Ifedayo (350k Euro)
Pemain yang pernah menjadi pemain tumpuan untuk pasukan Selangor FC pada musim lalu merupakan pemain yang mempunyai nilai pasaran tertinggi di pasukan Melaka. Setakat ini pemain ini telah beraksi sebanyak 13 kali dalam Liga Super 2022 dan mencetak 7 gol bagi pasukan Melaka United FC.
Nama : Ifedayo
Umur : 31 tahun
Penampilan : 13 kali
Gol : 7
5.Kedah Darul Aman FC : Ronald Ngah Wanja (375k Euro)
Umur : 31 tahun
Penampilan : 18
Gol : 12
4.Pahang FC : Steven Rodriguez (400k Euro)
Pemain tok gajah ini sememangnya cukup berbahaya dihadapan gawang pasukan lawan. Pemain ini masih muda dan mempunya lebih banyak masa untuk mengegarkan Liga Malaysia. Profil pemain ini seperti dibawah;
Nama : Steven Rodriguez
Umur : 23 tahun
Penampilan : 10 kali
Gol : 6
3.Sabah FC : Jackson (475k Euro)
Sabah FC merupakan satu lagi pasukan yang berbelanja besar untuk merealisasikan impian mereka untuk beraksi pada peringkat Asia musim depan. Sepertimana N9 FC, pemain pertahanan sekali lagi menjadi pemain yang mempunyai nilai pasaran yang tertinggi iaitu Jackson.
Nama : Jackson
Umur : 32 tahun
Penampilan : 15 kali
Gol : 2
2.Selangor FC : Hyuri (550k Euro)
Mungkin ramai beranggapan Caion merupakan pemain yang mempunyai nilai pasaran tertinggi dikalangan pemain pasukan Red Giants. Namun, pemain yang berasal daripada Brazil iaitu Hyuri merupakan pemain yang mempunyai nilai pasaran tertinggi.
Nama : Hyuri
Umur : 31 tahun
Penampilan : 8 kali
Gol : 3
1.JDT FC : Jordi Amat (1million Euro)
Pemain yang telah banyak mencipta nama di Liga Eropah merupakan pemain yang paling tinggi nilainya dalam kalangan pemain JDT. Jordi Amat meninggalkan jauh pemain seperti Forestieri dan Bergson.
Nama : Jordi Amat
Umur : 30 tahun
Penampilan : -
Gol : -
Ulasan
Catat Ulasan