Seperti yang semua sedia maklum, sah Kedah telah menamatkan musim 2022 dengan episod yang cukup mendukacitakan. Boleh dikatakan musim yang paling teruk berbanding beberapa musim sebelum ini. Pembaharuan drastik harus dilakukan oleh pentadbiran pasukan Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi musim 2023 kelak. Penyokong Hijau Kuning sememangnya tidak mahu melihat sebuah episod yang sama berulang pada musim depan. Walaupun hampir keseluruhan pasukan perlu dibedah siasat, namun beberapa pemain boleh dikekalkan pada musim hadapan. Pemain-pemain adalah seperti berikut;
1.Kamil Akmal
2.Heshamuddin Ahmad
Seorang lagi pemain muda ini menunjukkan aksi yang lebih tenang dah tidak gugup diatas padang. Pemain ini telah membuat 10 penampilan dalam Piala Malaysia , AFC Cup dan Liga Super. Pemain ini masih berusia 23 tahun dan boleh dikatakan dalam proses mematangkan beliau dalam karier bola sepak.
3.Aiman Afif
Pemain penyerang ini jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Namun beliau lebih bersemangat sekiranya mendapat peluang untuk beraksi. Pemain yang berumur 21 tahun ini mungkin akan menjadi nama yang lebih besar seperti Syafiq Ahmad pada masa akan datang. Kita harus kekalkan beliau oleh kerana pasukan Kedah kekurangan pemain dibahagian penyerang.
4.Fayadh Zulkifli
Fayadh telah membuktikan kewibawaan beliau dari beberapa musim yang lalu. Beliau pada musim ini telah menjaringkan 9 gol bagi pasukan Kedah Darul Aman. Penyokong merasakan pemain seperti ini harus dikekalkan kerana beliau merupakan antara produk Kedah yang cukup berkualiti diatas padang.
Namun perubahan drastik harus dilakukan, agar Kedah kembali mencipta nama dalam kancah bolasepak negara. Apapun kita sebagai penyokong, sentiasa akan bersama Kedah Darul Aman dalam proses jatuh bangun pasukan yang kita cintai ini. Pulun Kedah Pulun!!!
Ulasan
Catat Ulasan