Bekas Tanker Kedah Mungkin Tidak Akan Kembali Ke Darul Aman?

 

Khabar angin dua lagenda Kedah iaitu Badrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali bakal kembali ke Darul Aman semakin tular di media sosial. Kedah dilihat sedikit tempang pada musim ini setelah kedua-dua pemain ini meninggalkan pasukan Kedah pada musim lalu. Ketiadaan dua pemain ini diatas padang amat dirasai oleh pasukan Kedah Darul Aman yang dilihat sedikit gugup dan tidak dapat memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan yang lain. Oleh sebab itu, para penyokong Kedah inginkan sesuatu perubahan terutamanya dalam proses pemilihan pemain bagi mewakili pasukan Kedah pada musim hadapan. Walaupun beberapa media sosial sudah mula mengatakan bahawa kedua-dua lagenda Kedah iaitu Rizal dan Badrol bakal kembali menyertai pasukan Kedah, tetapi ia menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong Hijau Kuning sendiri.


Namun jika dilihat perkongsian instagram  pemain berasal kelahiran Baling, Kedah itu, Rizal berkongsi gambarnya bersama seorang wanita yang didakwa kekasih beliau. Wanita itu diberitakan berasal daripada Sabah. Ini menimbulkan tanda tanya dikalangan para penyokong Kedah, adakah beliau akan kembali pada musim hadapan bagi mewakili pasukan Hijau Kuning.


Namun apa yang pasti, kelibat pemain yang lebih berpengalaman pasti diketagih oleh pasukan Kedah Darul Aman pada musim hadapan. Hal ini kerana, pada musim ini pemain dilihat kurang menyerlah akibat ketiadaan pemain yang berpengalaman dalam pasukan. Perkara ini acap kali diakui oleh jurulatih Kedah sendiri, iaitu Aidil Shahrin. Diharapkan pada musim yang akan datang, pengerusan Kedah bijak dalam mengimbangi para pemain muda dan berpengalaman.

Ulasan