Dua Pasukan Tempatan Berminat Dengan Beliau, Tetapi Beliau Nak Kekal di Darul Aman!!!

 Walaupun rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan persembahan para pemain import Kedah untuk musim 2022, namun satu nama kekal menjadi idaman kepada semua. Pemain tersebut adalah Mahmoud Al Mardi. Hal ini kerana aksi lincah beliau sentiasa mendapat perhatian dan memukau para penyokong Hijau Kuning. Sekiranya pemain ini mampu dikekalkan oleh Kedah untuk musim hadapan, dia akan menjadi satu aset yang berguna bagi pasukan Hijau Kuning. Namun apa reaksi pemain ini setelah perlawanan terakhir pasukan Kedah pada musim 2022 semalam.


Mengikut beliau, beliau berasa lebih selesa di Alor Setar dan sekiranya diberi peluang, beliau akan terus menabur bakti bersama pasukan Kedah. Kita merasakan pasukan Kedah harus memberikan kontrak baru kepada beliau. Hal ini kerana, pemain ini masih berumur 29 tahun dan dia bukan calang-calang pemain kerana beliau merupakan pemain yang sentiasa mendapat tempat bersama pasukan kebangsaan beliau iaitu Jordan.

Diberitakan pemain ini telahpun mula mendapat tawaran dari kelab luar daripada Malaysia dan turut serta dua pasukan dari Malaysia juga berminat untuk mendapatkan beliau pada musim hadapan. Diharap pentadbiran Kedah Darul Aman FC akan membuat kerja dengan lebih cepat supaya impian melihat pemain ini kekal beraksi di Darul Aman menjadi kenyataan.

Ulasan