Pemain Import Kedah FC pernah beraksi dalam AFC Champions League!!!

 

Setelah mengharungi musim yang agak suram, pasukan Kedah Darul Aman FC telah melepaskan kesemua pemain import yang telah mewarnai Liga Malaysia 2022. Pada musim ini, masih menjadi teka teki, pemain import manakah yang bakal mengegarkan Stadium Darul Aman. Satu daripda Lima slot telahpun terjawab, apabila pemain daripada Tajikistan, Amirbek Juraboev diumumkan sebagai pemain import yang baharu bagi skuad sang kenari. Pemain yang masih berumur 26 tahun ini merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah dan lebih kepada defensive midfielder. Sebelum bersama pasukan Kedah, pemain ini telahpun menabur bakti di Liga Filipina bersama United City FC.

United City FC

Di United City FC, beliau telah beraksi bagi membantu pasukan tersebut dalam kempen AFC Champions League. Beliau telah menentang pasukan-pasukan handalan Asia seperti Jeongnam dan Melbourne. Walaupun kalah dalam kesemua perlawanan, namun beliau telah menunjukkan satu persembahan baik dan tidak gugup apabila menentang pasukan-pasukan terbaik Asia.

Amirbek vs Harimau Malaya

Amirbek merupakan pemain kebangsaan Tajikistan yang sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan beliau. Hasilnya, beliau telah membuat penampilan sebanyak 45 kali walaupun beliau baru sahaja berusia 26 tahun. Daripada 45 penampilan tersebut, beliau juga pernah turun bertemu Harimau Malaya beberapa kali. Semua sedia maklum, baru-baru ini Pasukan Harimau Malaya melayakkan diri ke perlawanan akhir bertemu Tajikistan dalam cabaran Piala Raja Thai. Dalam perlawanan tersebut, Amirbek telahpun turun untuk menumpaskan cabaran Harimau Malaya dan sekaligus membawa pulang Piala Raja Thai ke bumi Tajikistan

Diharapkan kehadiran pemain ini ke Darul Aman mampu membawa sinar baharu dan sekaligus Kedah Darul Aman FC balik ke landasan asal untuk menjadi pencabar utama Liga Malaysia. Welcome to Darul Aman, Amirbek.

Pulun Amirbek Pulun!!!


Ulasan