Dunia bolasepak telah digemparkan apabila pemain termashyur dunia CR7 telah melengkapkan perpindahan ke sebuah kelab yang berpengkalan di Asia iaitu Al Nassr. Perpindahan ini amat mengejutkan banyak pihak tatkala banyak yang mengatakan beliau akan terus menerajui UEFA Champions league walaupun beliau telah berusia 38 tahun. Namun begitu, dari sudut peminat bolasepak khususnya Asia melihat ini dari sudut positif. Hal ini kerana, penyokong Asia mampu melihat pemain ini dengan lebih dekat dan beliau mampu mewujudkan suatu fenomena baru dalam lanskap bola sepak Asia. Al Nassr merupakan sebuah pasukan daripada Saudi Arabia yang menjadi semakin popular selain Al Hilal yang cukup dikenali diperingkat AFC Champions League. Kelibat CR7 pasti akan diharapkan oleh penyokong Al Nassr bagi menjulang AFC Champions League dan mula membawa nama kelab tersebut ke suatu persada yang lebih tinggi. Mari kita sama-sama menganalisis Saudi Professional League dan mengkaji adakah wujud apa apa kaitan diantara Liga ini dengan Liga Malaysia!!!
Saudi Professional League 2022/23
Rata-rata 12 perlawanan telah dilalui bagi musim ini, dan berdasarkan carta Liga Al Nassr berada dipuncak liga dengan 29 mata. Ini akan menjadi medan terbaik untuk mengunakan kelibat CR7 bagi menjuarai Liga Saudi dan seterusnya menjadi wakil Saudi Arabia di AFC Champions League. CR7 yang selalu dilabelkan sebagai mesin gol pasti akan cuba mencetak beberapa gol yang boleh bagi meninggalkan impak dalam Liga tersebut. Pada masa kini carta gol didahului oleh pemain Al Nassr sendiri iaitu Talisca dengan 11 gol. Apa yang menariknya adalah dalam senarai carta gol tersebut, terdapat sesuatu nama yang ada kaitan dengan Liga Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan