Seperti yang semua sedia maklum, Kedah telah mengugurkan kesemua pemain import musim lepas dan digantikan dengan beberapa muka baru bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023. Pemain dalam posisi penyerang selalu menjadi perhatian para penyokong Kedah, kerana Kedah masih tengah mencari seorang pemain yang mampu memberikan penjelmaan semula Marlon Alex James yang pernah mencipta legasi bersama pasukan Hijau Kuning. Pada musim lalu tugas tersebut dipikul oleh Ronald Ngah Wanja. Walaupun beliau mencetak gol, tetapi beliau dikatakan lemah dan tidak berlari sekiranya bola terlepas daripada kaki beliau. Ada segelintir netizen mengatakan beliau tidak mendapat sokongan yang mencukupi daripada bahagian tengah yang mengakibatkan beliau buntu untuk mencipta impak dalam kancah Liga Malaysia.
Musim 2023
Pada musim ini, satu nama baru mula meniti dibibir penyokong setia Hijau Kuning iaitu Willian Lira. Ada yang salah faham dengan satu lagi nama yang seakan-akan sama iaitu Pemenang Puskas, Wandell Lira yang juga berasal daripada Brazil. Reputasi pemain ini tidak dapat dilihat secara jelas akibat setiap musim pemain ini berhijrah ke kelab baru. Ada yang mengkritik dan ada yang menaruh harapan tinggi terhadap pemain ini bagi menjadi mesin baru untuk mencetak gol bersama pasukan Kedah Darul Aman.
Apabila rata-rata penyokong memberikan persepsi tentang Willian Lira, tiba-tiba suatu nama baru yang dikaitkan bakal menjadi pemain import yang ke-7 bagi pasukan Kedah. Pemain ini dilihat mempunyai reputasi yang besar dengan beraksi bersama beberapa kelab terbesar Eropah. Pemain yang dimaksudkan adalah Ebenezer Assifuah daripada Ghana. Pemain ini semasa bersama kelab Switzerland FC Sion, beliau telah mencetak 15 gol daripada 88 penampilan secara keseluruhannya.
Pemain ini dilihat antara pemain yang mampu memberikan impak dalam barisan serangan pasukan Kedah. Hal ini kerana, daripada 15 gol semasa bersama FC Sion, satu daripadanya hadir di Anfield apabila bertemu Liverpool dalam Liga Eropah 2015.
Pemain ini sedang menjalani latihan kecergasan dan para penyokong telah dinasihati agar tunggu untuk sebarang pengumuman daripada pihak pentadbiran Kedah Darul Aman FC. Apapun kita sebagai penyokong setia hijau kuning, mengharapkan sesuatu yang terbaik bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023. Pulun Kedah Pulun!!!
Ulasan
Catat Ulasan